Search This Blog

Monday, June 28, 2010

Politik Kedah

Najib dan Menterinya Tak Tahu sejarah?




Tidak Masuk Akal Anggap Tanah KTM di Singapura Milik Malaysia - Shahrir
Datuk Seri Shahrir Samad, anggota Parlimen Johor Baharu dan
bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
berkata, "langsung tidak masuk akal untuk menganggap" tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.

Tapi, menurut fakta yang diperolehi berkenaan stesen KTM Tanjong Pagar:

1918
:
The properties and estates previously under the Singapore Railway were sold to the Government of the Federated Malay States for $4,136,000 and the railway renamed the Federated Malay States Railway (F. M. S. R.).

1932 :
The Tanjong Pagar Station was officially opened by Sir Cecil Clementi.

1948 :
The Malayan Railway Ordinance saw railways previously managed by the states under FMS Railway, now managed under the Malayan Railway Administration. This was later to become Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad.

11 Nov 1965 :
A six mile-long branch was added to the Singapore line, spanning Jurong and Bukit Timah.

1 Aug 1992 :
KTM Berhad is corporatised under the Malaysian Railway Act of 1991 although it remains wholly-owned by the Malaysian government.


Sumber dari kadirjasin.blogspot.com :
Tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM bagi tempoh masa 999 tahun;


Payah jugak apabila Pemimpin anggap rakyatnya bodoh.
Menipu secara terang-terangan.
Dah la PakLah menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei
Sekarang Najib pulak...
Lebih molek diserahkan sekali 'R.M'...mana tahu boleh buat keuntungan 60-40 juga!

Tuesday, June 22, 2010

Scorpene: Kusangkakan Rahsia Kita Tenggelam...Rupanya Timbul Jua!!!


Kapal Selam Pertama Malaysia - Scorpene yang kini tersadai kerana mengalami masalah teknikal. Khabarnya sedang disiasat oleh mahkamah Perancis kerana pembeliannya dipercayai ada unsur rasuah.
Pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.341 bilion (Lebih kurang RM6.7 bilion).
Daripada jumlah itu, Euro 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan seseorang yang paling berkuasa dalam Malaysia sekarang.
Bukanlah saya nak komen sangat pasal rasuah tu. Rugilah pulak kalau 'berniaga tak untung'. Tu pandai-pandailah depa tanggung. Yang dikesahkan sangat ni, beli tu pakai duit negara. Duit negara tu duit rakyat. Buat apa yang pi beli kapai selam yang pakai takdan sat dah tak boleh menyelam? Atau pembelian kapal selam tu semata-mata 'nak bagi ada'? Atau sekurang-kurangnya boleh mengisi mana-mana ruang kosong dalam Muzium Angkatan Tentera?
Bagi isu sama ada wujud rasuah atau tidak, kita sebagai rakyat marhaen tunggu ja lah apa keputusan mahkamah Perancis tu no....



Isu Pengganas: Publisiti Murahan Tarik Pelabur?


Kecoh apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan berhubung adanya aktiviti pihak pengganas yang mahu menyerang kuil Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves. Jika benar hasil risikkan Bukit Aman mengenai perkara tersebut, KPN tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum. Ini adalah risikkan sulit Polis. Banteraslah perkara tersebut mengikut kebijaksanaan pihak Polis. Apabila dihebahkan begini, pakatan pembangkang pasti akan memutarbelitkan fakta. Kini isu itu dilihat lebih banyak menjadi bahan debatan di medan politik. Sedangkan 'pengganas' pasti sedang merangka plan-plan untuk merubah strategi setelah strategi asal mereka telah diketahui pihak Polis. Inilah padahnya apabila hasil risikkan Polis dihebahkan.
PAS hari ini menyatakan kebimbangan bahawa akan ada ramai tokoh-tokoh agama yang akan ditahan. Kalau tak salah buat apa nak takut? "Kalau takut dipenjara, usah bicara soal perjuangan!". Ini satu peluang yang terhidang bagi PAS menangguk di air keruh untuk mencari populariti dan publisiti di kalangan pelajar universiti. Memandangkan isu pengganas ini dikaitkan dengan gerakan-gerakan di universiti. Jadi PAS menjadi yang pertama tampil meloncat. Maka bertambah sukalah pelajar-pelajar universiti ini kepada perjuangan PAS dan semakin bencilah mereka terhadap UMNO dan Polis.
Atau mungkin isu ini sengaja di cipta oleh pihak-pihak tertentu memandangkan negara kita semakin kekurangan pelabur-pelabur asing dan keadaan ekonomi semakin meruncing. Dengan adanya berita sensasi sebegini, untung-untung Amerika akan memuji tindakan Malaysia agar dilihat serius dalam memerangi keganasan seperti yang dicanangkan Amerika dan konco-konconya. Moga tertariklah pelabur-pelabur dari Amerika dan Britain untuk masuk melabur di Malaysia.

Monday, June 21, 2010

YB Izzat yang Kurang Ajar!


Dalam Bulan Mac yang lalu, satu majlis perasmian telah diadakan sempena pembukaan sebuah kedai di Pokok Sena. Pemilik dengan berbesar hatinya telah menghubungi YAB MB Kedah, Ustaz Azizan Razak untuk memberi penghormatan kepada beliau merasmikan majlis tersebut. Khabarnya panggilan itu disambungkan kepada ADUN Bukit Lada, YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki. Mungkin kerana memandangkan beliau ADUN kawasan di mana kedai tersebut terletak, maka beliaulah yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab jemputan tersebut. Malang seribu kali malang. Disangka intan rupanya kaca..ewah! YB Izzat...oh...maaf! YB USTAZ Ahmad Izzat telah menjawab jemputan tersebut dengan bahasa kasar yang amat KURANG AJAR! Begini jawapannya lebih kurang...."Cik ni nak jual nama MB kah?"....Begitu sekali jawapan seorang USTAZ MUDA ketika seorang rakyat ingin menjemput Menteri Besarnya merasmikan kedai yang pertama miliknya di negeri Kedah ini. Sungguh KURANG AJAR bunyinya! Pemilik yang berbesar hati menjemput MB dikatakan mahu menjual nama MB? Wahai USTAZ IZZAT! Baru lebih 2 tahun menjadi wakil rakyat dah nak berlagak! ANGKUH!! Lupakah tuan apa itu WAKIL RAKYAT? Wakil yang dipilih oleh Rakyat! Untuk mewakili siapa? Untuk mewakili RAKYAT! Beginikah rupa PEMIMPIN sebuah 'PARTI ISLAM' masa depan?

Si Bodoh Sombong dalam UMNO Kedah


Sebagai anak jati Negeri Kedah dan seorang yang sayangkan sebuah pertubuhan yang pada asalnya ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib bangsa, saya berasa agak hairan dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang masih tak sedar diri. Kedah buat pertama kalinya telah jatuh ke tangan PAS pada PRU 12 lalu. Maknanya rakyat Kedah telah menolak kepimpinan yang ada dalam UMNO Kedah. Penolakkan ini bukan semata-mata kerana rakyat telah digula-gulakan oleh PAS. Tetapi penolakkan ini harus dilihat dan diambil iktibar secara lebih terperinci oleh kepimpinan UMNO Kedah. Rakyat sebenarnya menolak sikap pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO Kedah kini.
Namun setelah lebih 2 tahun UMNO Kedah menjadi pembangkang di Kedah, sikap pemimpin-pemimpin UMNO ini masih tidak berubah. Masih tamakkan kuasa,pangkat dan harta. Lihat saja ketika khabar angin yang kononnya 4 ADUN pembangkang akan melompat parti tersebar, masing-masing gila nak jadi MB. Bekas MB yang menyebabkan Kedah jatuh ke tangan PAS pun gila juga nak jadi MB. Masih tak sedar diri. Dasar muka tak tahu malu.
2 tahun UMNO Kedah sebagai pembangkang, apa usaha yang dibuat untuk menawan kembali hati rakyat Kedah? Berapa kerat pemimpin UMNO Kedah benar2 turun padang bertandang kerumah-rumah atau kedai-kedai kopi untuk bersama rakyat mendengar masalah mereka?Nak kena tunggu masa dekat pilihanraya atau pemilihan bahagian baru nak turun? tak payah la....Mana Ketua-ketua Pemuda UMNO di Kedah? Ada mereka turun bergaul dengan pemuda-pemuda dan remaja-remaja? Ada mereka cuba mengambil hati golongan-golongan muda ini supaya tertarik dengan perjuangan UMNO dan memberi sokongan penuh kepada UMNO pada PRU 13 nanti?
Sepatutnya kepimpinan yang ada dalam UMNO Kedah lebih realistik. Mereka kini pembangkang. Mereka perlu merangka strategi yang lebih berkesan bagaimana untuk menawan kembali hati rakyat Kedah. Bagaimana untuk meyakinkan rakyat dengan perjuangan UMNO. Buangkan jauh-jauh dahulu sikap pentingkan diri dan pangkat. Ikhlaskanlah perjuanganmu wahai pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Bangunlah dari lamunan wahai pemimpin-pemimpin yang bengong dan BODOH SOMBONG! Yang penting, Kedah kembali dibawah pemerintahan UMNO dan rakyat Kedah kembali yakin terhadap UMNO dan BN.

Sunday, June 20, 2010

Melayu dan Slogan


Pemimpin Melayu kini dilihat lebih banyak mengutamakan slogan dari tindakan. Apalah yang ada pada slogan semata-mata jika tidak disertakan dengan tindakan? Slogan 'Hidup Melayu' ingin ditukar kepada 'Melayu Cemerlang' untuk menjadikan Melayu lebih berdaya saing. Pada pendapatcsaya, adalah lebih baik jika semangat 'Melayu Cemerlang' itu sendiri ditanam dalam jiwa anak-anak bangsa bermula dari kecil seperti dibangku sekolah lagi. Kenapa Melayu ketinggalan dari segi kemajuan ekonomi berbanding kaum lain? Walhal ini adalah tanah warisan nenek moyang kita. Sebenarnya kita tidak pernah dididik agar cemerlang walaupun hakikatnya guru-guru dan ibubapa menyarankan agar anak-anak mereka cemerlang dibidang akademik. Mereka menyarankan agar anak-anak bangsa ini cemerlang dalam bidang akademik agar dapat melanjutkan pelajaran ke universiti seterusnya dapat menjawat jawatan yang besar kelak. Bergaji besar dan berkereta besar. Saranan ini sebenarnya menjerumus anak-anak bangsa ini untuk bekerja makan gaji. Kenapa guru-guru dan ibubapa tidak menggalakkan anak-anak bangsa ini untuk menceburi bidang perniagaan? Lebih baik jika setiap anak-anak ini dididik agar mengenalpasti bakat mereka dan menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun. Berniaga, Mekanik, Pertanian, Lukisan, Penulisan, Ukiran, Muzik dan sebagainya asalkan mereka bersungguh. Tidaklah mereka ini hanya mengharapkan untuk kerja makan gaji semata-mata. Berapa keratkah lulusan-lulusan Universiti yang akjan dapat kerja makan gaji? Jika tidak dapat kerja makan gaji, maka mereka mula terumbang-ambing dan tercari-cari arah. Sedangkan dalam masa yang sama bangsa lain telah maju dalam bidang masing-masing tanpa perlu untuk mengharapkan untuk kerja makan gaji. Mereka menguasai bidang ekonomi,industri muzik,industri pertanian,industri pengiklanan,industri mekanikal hatta perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan runcit dan jual sayur di market pun dikuasai oleh mereka. Apa yang jadi dengan bangsa kita? Hanya kaya dengan slogan. Bermacam-macam jenis slogan. Akhirnya kelak bangsa kita mati ditimpa slogan.

Saturday, June 19, 2010

Kuasa Rakyat



Kuasa Rakyat musnahkan Malayan Union

Melayu bangkit menentang Gagasan Malayan Union


Bangkitnya Melayu ketika Gagasan Malayan Union mula bergendang kepada umum amat mengejutkan si mat saleh penjajah British. British nyata tidak menduga satu bangsa yang selama ini 'tidur' selama lebih 400 tahun sejak kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 boleh bangkit bersatu dan sebulat suara menentang ideologi yang berbentuk satu 'skim' anjuran British itu. Rakyat-rakyat dari seluruh semenanjung bangkit bersatu. sebulat suara mengadakan perhimpunan bantahan. Berdemonstrasi menentang pembentukan Gagasan Malayan Union ini. Kuasa angkuh British dgn 'hidung tinggi' mereka terbantut dan 'tersentot'. Pucat lesi mat-mat saleh ini melihatkan hadirnya 'Kuasa suara rakyat' berhimpun sebulat suara mencaci maki 'skim' mereka itu. Kebangkitan kuasa penentangan ini membentuk sebuah pertubuhan yang menyatukan Melayu-melayu semenanjung. Tertubuh secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Pertubuhan keramat ini diberi nama United Malays National Organisation (UMNO) atau dalam istilah Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Hebat benar kebangkitan Melayu bersama UMNO ketika itu. Berjuang sebenar-benar berjuang untuk mempertahankan hak Raja-Raja Melayu, bangsa dan tanah air dari diperalatkan Mat Saleh penjajah British. Demonstrasi jalanan, perang saraf, Poster dan Sepanduk serta laungan kemarahan anti Malayan Union bergema di seluruh pelusuk Tanah Air. Suara mereka mampu menghancurkan Gagasan Malayan Union itu yang pada awalnya telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu (Walaupun British menggunakan teknik ugutan untuk mendapatkan persetujuan).Akhirnya, pada 1 Febuari 1948, Gagasan Malayan Union dibatalkan dan dibentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Kini lebih 60 tahun peristiwa kebangkitan itu berlalu. Masih wujudkah semangat Melayu yang begitu? Masih wujudkan UMNO yang begitu? Masih begitukah UMNO? Masih samakah perjuangan Nakhoda dan anak-anak kapal UMNO sekarang berbanding ketika itu?

- ABaTa