Search This Blog

Sunday, July 10, 2011

Siapa Ambiga?


Ambiga Sreenevasan

lahir 1956 merupakan bekas Ketua Pengawas SMK Convent Bukit Nanas 1975.

merupakan Presiden Majlis Peguam Malaysia (2007-2009).


Beliau merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia yang pernah mendapat pujian Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy.

Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.

Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan.

Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam.

- Rupanya orang macam ini yang menjadi sokongan dikalangan orang-orang Melayu Islam dalam PAS dan PKR.

BERSIH : Perhimpunan Jalanan dan Implikasi.


Perhimpunan yang dianjurkan BERSIH pada 9 Julai 2011 sebenarnya tidak harus berlaku kerana ia boleh memudaratkan negara dari pandangan pihak luar. Ketidakbersatuan antara pemimpin dan rakyat yang diterjemahkan melalui perhimpunan anjuran BERSIH bakal memberi ruang campurtangan pihak luar terhadap pentadbiran negara.

Untuk rekod, BERSIH pernah menganjurkan perhimpunan yang pertama pada 10 November 2007


Walaupun pada hakikatnya apa yang cuba dituntut oleh BERSIH iaitu memastikan pilihanraya yang lebih adil dan telus disokong oleh BBSK. Ada beberapa kaedah lain yang lebih berkesan berbanding perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Antaranya adalah duduk berdialog antara BERSIH dan SPR atau mendapatkan tandatangan rakyat Malaysia dan badan-badan NGO yang menyokong tuntutan bersih lalu diserahkan secara terus di hadapan Istana Negara kepada YDP Agong tanpa ada perarakan beramai-ramai menyusuri ibu kota KL.

Jika pada masa dahulu, sememangnya hanya saluran perhimpunan jalanan yang mampu merubah sesuatu dasar kerajaan seperti Penentangan Malayan Union 1946 dan Hartal Perlembagaan Rakyat 1948. Namun ketika itu apa lagi saluran yang ada selain dari rakyat bersuara melalui jalanan? Kini situasi telah berbeza. Berbagai saluran boleh digunakan. Perhimpunan seperti yang dianjurkan BERSIH sepatutnya dielakkan. Ia boleh mengundang pelbagai implikasi. Sebarang provokasi yang berbaur perkauman yang mungkin dimainkan oleh sesetengah pihak boleh mengundang kepada berulang kembali Peristiwa Hitam 13 Mei 1969. Walaupun BERSIH bertegas bahawa perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman, namun jangan dilupa bahawa ada pihak yang akan menyalakan api provokasi.


Sebarang masalah dalaman negara haruslah kita nyatakan dengan rasional dan duduk di meja rundingan. Jangan sampai sikap memberontak yang kita tunjukkan kepada kerajaan yang memerintah membuka ruang kepada pihak luar untuk turut masuk campur dalam urusan politik dan pentadbiran negara kita.


" Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi

airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang."


- Barisan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK)