Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 2, 2012

Jangan Aibkan Saudara Demi Politik

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."   (Al-Hujuraat 49:12)




Akhir-akhir ini semenjak adanya kemajuan teknologi seperti CCTV, perkara intipan untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan seseorang individu terutamanya dikalangan ahli-ahli atau pemimpin politik tidak kira dari kalangan parti kerajaan mahupun pembangkang semakin menjadi. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu untuk menjatuhkan maruah pemimpin atau individu tersebut hanya untuk kepentingan politik.

Senario politik di Malaysia kini semakin parah.Mengaibkan orang lain, mengumpat, memfitnah dan sebagainya dilihat telah menjadi 'asam garam' dunia politik di Malaysia (Sebuah Negara ISLAM).Manakala pemain-pemainnya terdiri dari orang-orang Melayu yang mengaku beragama ISLAM.Hakikatnya perkara-perkara tersebut dilarang keras dalam ISLAM.Adakah kerana kecintaan kepada dunia (Kuasa dalam politik) semata-mata maka kita sanggup 'menghalalkan yang telah diharamkan' dalam Al-Quran demi mencapai cita-cita kemenangan politik?

Walaupun mungkin individu dalam video intipan itu benar-benar melakukan perkara tersebut, hakikatnya kita tidak boleh mengaibkan beliau memandangkan beliau juga beragama ISLAM. Apatah lagi hasil dari video intipan itu maka tersebarlah umpatan-umpatan yang keji terhadap beliau. Lebih teruk lagi jika sebenarnya video itu hanya di'edit' atau individu itu bukan orang yang dimaksudkan, maka fitnah bertaburan.

Baik pihak kerajaan atau pembangkang, dalam berpolitik tak seharusnya kita mengenepikan Hukum Al-Quran memandangkan kita beragama Islam, berada di sebuah Negara Islam dan bercita-cita menegakkan HUKUM ISLAM.

Sunday, July 10, 2011

Siapa Ambiga?


Ambiga Sreenevasan

lahir 1956 merupakan bekas Ketua Pengawas SMK Convent Bukit Nanas 1975.

merupakan Presiden Majlis Peguam Malaysia (2007-2009).


Beliau merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia yang pernah mendapat pujian Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy.

Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.

Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan.

Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam.

- Rupanya orang macam ini yang menjadi sokongan dikalangan orang-orang Melayu Islam dalam PAS dan PKR.

BERSIH : Perhimpunan Jalanan dan Implikasi.


Perhimpunan yang dianjurkan BERSIH pada 9 Julai 2011 sebenarnya tidak harus berlaku kerana ia boleh memudaratkan negara dari pandangan pihak luar. Ketidakbersatuan antara pemimpin dan rakyat yang diterjemahkan melalui perhimpunan anjuran BERSIH bakal memberi ruang campurtangan pihak luar terhadap pentadbiran negara.

Untuk rekod, BERSIH pernah menganjurkan perhimpunan yang pertama pada 10 November 2007


Walaupun pada hakikatnya apa yang cuba dituntut oleh BERSIH iaitu memastikan pilihanraya yang lebih adil dan telus disokong oleh BBSK. Ada beberapa kaedah lain yang lebih berkesan berbanding perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Antaranya adalah duduk berdialog antara BERSIH dan SPR atau mendapatkan tandatangan rakyat Malaysia dan badan-badan NGO yang menyokong tuntutan bersih lalu diserahkan secara terus di hadapan Istana Negara kepada YDP Agong tanpa ada perarakan beramai-ramai menyusuri ibu kota KL.

Jika pada masa dahulu, sememangnya hanya saluran perhimpunan jalanan yang mampu merubah sesuatu dasar kerajaan seperti Penentangan Malayan Union 1946 dan Hartal Perlembagaan Rakyat 1948. Namun ketika itu apa lagi saluran yang ada selain dari rakyat bersuara melalui jalanan? Kini situasi telah berbeza. Berbagai saluran boleh digunakan. Perhimpunan seperti yang dianjurkan BERSIH sepatutnya dielakkan. Ia boleh mengundang pelbagai implikasi. Sebarang provokasi yang berbaur perkauman yang mungkin dimainkan oleh sesetengah pihak boleh mengundang kepada berulang kembali Peristiwa Hitam 13 Mei 1969. Walaupun BERSIH bertegas bahawa perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman, namun jangan dilupa bahawa ada pihak yang akan menyalakan api provokasi.


Sebarang masalah dalaman negara haruslah kita nyatakan dengan rasional dan duduk di meja rundingan. Jangan sampai sikap memberontak yang kita tunjukkan kepada kerajaan yang memerintah membuka ruang kepada pihak luar untuk turut masuk campur dalam urusan politik dan pentadbiran negara kita.


" Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi

airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang."


- Barisan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK)

Wednesday, February 2, 2011

Piagam Negara Islam Madinah



Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam.

Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Senarai kandungan

Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
  • Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah

  • Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
  • Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
  • Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
  • Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
  • Mewujudkan keamanan di Madinah
  • Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
  • Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
  • Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
  • Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
  • Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah

  • Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
  • Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
  • Kebebasan beragama
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
  • Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

  • Kandungan Piagam Madinah
  • Fasal 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

  • Fasal 2

Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

  • Fasal 3

Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

  • Fasal 4

Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 5

Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 6

Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 7

Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 8

Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 9

Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 10

Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 11

Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

  • Fasal 12

Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.

Fasal 12-b

Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.

  • Fasal 13

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

  • Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

  • Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

  • Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

  • Fasal 17

Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.

  • Fasal 18

Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

  • Fasal 19

Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.

  • Fasal 20

Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.

Fasal 20-b

Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

  • Fasal 22

Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

  • Fasal 23

Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

  • Fasal 24

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

  • Fasal 25

Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri

  • Fasal 26

Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

  • Fasal 27

Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

  • Fasal 28

Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

  • Fasal 29

Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

  • Fasal 30

Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

  • Fasal 31

Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.

  • Fasal 32

Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

  • Fasal 33

Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.

  • Fasal 34

Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.

  • Fasal 35

Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

  • Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

Fasal 36-b

Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

  • Fasal 37

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.

Fasal 37-b

Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

  • Fasal 38

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang

  • Fasal 39

Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini

  • Fasal 40

Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

  • Fasal 41

Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.

  • Fasal 42

Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

  • Fasal 43

Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

  • Fasal 44

Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.

  • Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

  • Fasal 46

Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

  • Fasal 47

Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

Tuesday, January 4, 2011

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

" Jika itu berlaku, ia (KETUANAN MELAYU) boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam," Dr. Asri


Kalau Melayu tak punya kuasa? Siapa yang akan menegakkan ISLAM di TANAH MELAYU?

Saturday, January 1, 2011

GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH!

Pada 29 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung satu Majlis Pelancaran GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH peringkat DUN Kuala Nerang di Sek Ren Keb Kuala Nerang.

Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baru dilantik, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Majlis ini adalah yang pertama dihadiri beliau sejurus dilantik ke jawatan tersebut.

Semoga akan ada perubahan yang positif terhadap kepimpinan UMNO di Kedah seterusnya merampas kembali Negeri Kedah dari tangan pembangkang pada PRU-13 nanti.
Ketua Perhubungan UMNO DUN Kuala Nerang
membacakan IKRAR GELOMBANG MERAH

Team BBSK & Skuad Gelombang Merah

Sekelian hadirin yang hadir

Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah
bersama Dato' Syed Sobri Syed Hashim, ADUN Kuala Nerang.

IKRAR SKUAD GELOMBANG MERAH

"Kami Berikrar
Akan Bekerja Keras
Menawan Kembali
Negeri Kedah
Pada PRU-13"

Termaktub di Sek Ren Keb Kuala Nerang
Pada 29 Disember 2010


Thursday, November 18, 2010

Bantuan Mangsa Banjir Diseleweng?


Baru-baru ini saya pulang ke kampung saya di KualaNerang dalam Daerah Padang Terap.
Kesempatan itu saya ambil untuk bertemu teman-teman yang telah menjadi mangsa banjir. Bertanya khabar. Apa cerita dengan bantuan yang dijanjikan Kerajaan Pusat.
Seperti yang dijangka, penyelewengan masih berlaku. Sang Tamak Haloba : Ketua Bahagian, Dato' Seri Mahdzir Khalid, Bekas Ketua Bahagian, Dato' Ghazali Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Padang Terap dan Negeri, Badrolhisham Hashim bersama konco-konco mereka masih tak sedar diri dan masih lagi menjadi duri dalam daging membuat onar mencalar nama baik UMNO yang dah semakin tak baik.
Bantuan berupa beras tak diagihkan secara adil kepada mangsa banjir. Hanya konco-konco mereka yang dapat. Kalau tak betul, takkanlah teman-teman dan pakcik-pakcik yang saya jumpa mengadu tak dapat bantuan. Rumah mereka pun kena banjir. Dalam erti kata lain, mereka juga mangsa banjir.
Dulu, masa banjir tahun 2005, 'Geng' mereka ini jugalah yang 'cukai' RM200 dari setiap RM500 wang bantuan yang diperuntukkan kepada semua mangsa banjir di Padang Terap. Bermakna, ketika itu sepatutnya setiap keluarga menerima RM500. Tapi dek kerana 'Tok Det', 'Tok Li' dan 'Sham' lapaq DUIT HARAM, maka mangsa banjir dapat RM200 ja.....
Kini depa dan konco-konco depa LAPAQ NAK MAKAN BERAS HARAM PULAK......maka...mangsa banjir yang bukan geng depa....tak dapat la nak merasa beras bantuan Kerajaan Pusat.