
Search This Blog
Saturday, July 17, 2010
Cerita Lawak Seorang MB

Tuesday, July 6, 2010
Antara Dua Darjat
Anak Kecil Main Api - Anak Melayu
Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita?

Mana Pemuda UMNO?

BACUL!
Mengapa RPK Lari?

Rasulullah SAW bersabda bahawa lari dari medan pertempuran adalah berdosa besar,
إِجْتَنِبُوْا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ, قِيْلَ : يَا رسولَ اللهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ : الشِّرْكُ بِاللهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ باِلْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالَ الْيَتِيْمِ وَالتَّوَلَّى يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاَتِ الْمُؤْمِنَاتِ
“Jauhilah tujuh (dosa) yang menghancurkan. Ditanyakan oleh para sahabat: “Apakah tujuh yang menghancurkan itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Menyekutukan Allah, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali membunuh dengan haq, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari pada hari pertempuran dan menuduh perempuan yang suci, yang menjaga dirinya lagi beriman (dengan perbuatan jelek)
Kenapa RPK lari ke Kota London? Sedangkan beliau berjuang di medan Blog? Baculkah RPK yang lantang dengan tulisan-tulisannya ini??
Pembangunan Pesat Punca Runtuh Akhlak?

Sunday, July 4, 2010

Muhyiddin: Anwar sebabkan perpecahan orang Melayu | ||
|
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas. "Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat. Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '. Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu. - Bernama Bukan hanya akhir-akhir ini wahai TPM. Anwar Ibrahim telah memecahbelahkan Melayu semenjak tertubuhnya Parti Keadilan Nasional ( KeADILan ) pada 2003. Sebelum itu juga Melayu telah lama berpecah sejak PAS ditubuhkan pada 1951. Namun ketika berlaku peristiwa hitam 13 Mei 1969, Melayu yang telah berpecah kembali bersatu. Kini setelah 41 Tahun, mampukah Melayu yang semakin teruk berpecah ini kembali bersatu? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Melayu untuk kembali menyatukan Melayu? Sedangkan dalam UMNO sendiri berlaku perpecahan dan berpuak-puak. Satukan dulu Melayu dalam UMNO. Banteras dalang-dalang yang memecahbelahkan Melayu UMNO. Melayu UMNO yang bersatu itulah yang mampu menyatukan kembali Bangsa Melayu. |