Akhir-akhir ini timbul kembali hal-hal pertikaian dan perbalahan yang berkaitan suatu isu yang paling sensitif di Malaysia: ISU PERKAUMAN.
Kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah satu negara yang mana pembentukan masyarakatnya terdiri dari perbilang kaum. Seharusnya masyarakat yang perbilang kaum ini hidup dengan penuh harmoni dan saling hormat menghormati. Seharusnya masyarakat di Malaysia harus faham bahawa dalam pembentukan negara Malaysia, walaupun terdiri dari perbilang kaum, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Ketuanan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan sama sekali:SELAGI IA TIDAK MELANGGAR TATASUSILA ADAT MELAYU, AGAMA ISLAM, PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA.
Dahulu di mana ketika terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Tanah Melayu akan mencapai Kemerdekaan, kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British dilanjutkan hak untuk terus tinggal di Tanah Melayu atas belas ihsan orang Melayu dan Pemimpin serta Raja-Raja Melayu. Secara yang sepatutnya kaum-kaum ini harus berterima kasih kepada orang Melayu yang 'membenarkan' mereka terus tinggal di 'tanah' ini. Dengan syarat mereka harus mengakui bahawa tanah ini adalah tanah orang Melayu yang seharusnya mendapat hak dan keistimewaan yang lebih seperti yang termakub dalam Perlembagaan Malaysia : Artikel 152 & 153.
Perlanggaran syarat perakuan bahawa Melayu adalah 'tuan tanah' ini pernah menyebabkan timbul kemarahan orang Melayu yang terzahir pada 13 Mei 1969. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku lagi. Maka kaum-kaum yang datuk nenek moyang mereka dahulu dibawa masuk oleh British ini tidak seharusnya lagi mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Seharusnya mereka perlu menghormati 'perjanjian sosial' ini sampai bila-bila!
Punca
Pemimpin Kerajaan kini harus lebih peka dan mengkaji kenapa ada sesetengah dari anak cucu kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British ini kini mula mempertikaikan 'perjanjian sosial' ini dan menuntut HAK SAMARATA. Apakah puncanya sehingga mereka berani mempersoalkan hak Melayu dan menuntut yang bukan-bukan untuk kaum mereka? Jika dikaji dari minda seorang rakyat marhaen seperti saya ini, saya rasa satu gagasan baru yang dibentuk oleh pemimpin tertinggi adalah salah satu dari puncanya. GAGASAN SATU MALAYSIA itu mungkin telah disalahertikan oleh mereka. SATU MALAYSIA menurut tafsiran adalah: Semua rakyat mempunyai hak yang SATU = SAMARATA.
GAGASAN telah dipalu. Maka kaum-kaum ini datang berduyun menuntut hak SATU MALAYSIA yang dicanangkan itu.
No comments:
Post a Comment