Search This Blog

Thursday, November 18, 2010

Bantuan Mangsa Banjir Diseleweng?


Baru-baru ini saya pulang ke kampung saya di KualaNerang dalam Daerah Padang Terap.
Kesempatan itu saya ambil untuk bertemu teman-teman yang telah menjadi mangsa banjir. Bertanya khabar. Apa cerita dengan bantuan yang dijanjikan Kerajaan Pusat.
Seperti yang dijangka, penyelewengan masih berlaku. Sang Tamak Haloba : Ketua Bahagian, Dato' Seri Mahdzir Khalid, Bekas Ketua Bahagian, Dato' Ghazali Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Padang Terap dan Negeri, Badrolhisham Hashim bersama konco-konco mereka masih tak sedar diri dan masih lagi menjadi duri dalam daging membuat onar mencalar nama baik UMNO yang dah semakin tak baik.
Bantuan berupa beras tak diagihkan secara adil kepada mangsa banjir. Hanya konco-konco mereka yang dapat. Kalau tak betul, takkanlah teman-teman dan pakcik-pakcik yang saya jumpa mengadu tak dapat bantuan. Rumah mereka pun kena banjir. Dalam erti kata lain, mereka juga mangsa banjir.
Dulu, masa banjir tahun 2005, 'Geng' mereka ini jugalah yang 'cukai' RM200 dari setiap RM500 wang bantuan yang diperuntukkan kepada semua mangsa banjir di Padang Terap. Bermakna, ketika itu sepatutnya setiap keluarga menerima RM500. Tapi dek kerana 'Tok Det', 'Tok Li' dan 'Sham' lapaq DUIT HARAM, maka mangsa banjir dapat RM200 ja.....
Kini depa dan konco-konco depa LAPAQ NAK MAKAN BERAS HARAM PULAK......maka...mangsa banjir yang bukan geng depa....tak dapat la nak merasa beras bantuan Kerajaan Pusat.

Tuesday, November 9, 2010

ISU BANJIR : PAS KEDAH GAGAL LAKSANA MKN 20

Arahan MKN No.20 : Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara

Arahan MKN No. 20

Tujuan Arahan MKN No. 20

  • Tujuan Arahan MKN No. 20 ialah untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.

  • Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur

  • Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan

Peranan MKN

  • Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa

  • Memantau amalan serta pelaksanaan dasara dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar

  • Post-mortem bencana diadakan

  • Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat

  • Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat

  • Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan

  • Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana

  • Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana


    JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA NEGERI

    Pengerusi : Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
    Ahli : Ketua Polis Negeri.
    : Panglima Briged, ATM.
    : Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri.
    : Pengarah Kesihatan Negeri.
    : Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri.
    : Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri.
    : Pengarah Penerangan Negeri.
    : Pengarah Penyiaran Negeri.
    : Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri.
    : Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri.
    : Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri.
    : Pengarah kajicuaca Negeri.
    : Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Negeri.
    : Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri.
    : Pengarah jabatan Penyiasatan kajibumi Negeri.
    : Pengarah jabatan Pengangkutan Jalan.
    : Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).
    : Pengurus STMB Negeri.
    : Pengurus TNB Negeri.
    Turut Hadir : Lain-lain pegawai yang berkaitan.
    Setiausaha : Pengarah BKN Negeri.

Saturday, November 6, 2010

BBSK SARAN GOTONG-ROYONG BANTU MANGSA BANJIR


Badan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) menyarankan agar Pemuda dan Puteri UMNO Kedah dan Perlis berganding tenaga mengadakan gotong-royong membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir mencuci rumah dan perkakasan yang diselaputi lumpur tebal selepas banjir surut.

Setiap Ketua Pemuda dan Puteri UMNO Bahagia harus mengarahkan Pemuda dan Puteri Cawangan agar membantu mangsa-mangsa banjir 'basuh rumah' mangsa-mangsa banjir di sekitar cawangan mereka sendiri tanpa mengira parti. Perkara ini dilihat sebagai satu faktor untuk menawan kembali hati pengundi untuk lebih yakin kepada UMNO seterusnya dapat memberikan 'advantage' kepada UMNO dalam usaha menawan kembali negeri Kedah dari tangan pembangkang.

Bantuan gotong-royong dan tenaga sebegini lebih berkesan daripada hanya memberi bantuan berbentuk barangan dan wang ringgit. Sekurang-kurangnya rakyat akan sentiasa merasakan bahawa UMNO melalui sayap Pemuda dan Puteri sentiasa ada di saat rakyat amat memerlukan bantuan dan benar-benar mampu meringankan beban mereka.


Zuraimie Ahmad

Bendahari BBSK

Monday, October 18, 2010

Ketua Pemuda Umno Kedah terkilan desakan letak jawatan

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim hari ini meluahkan rasa terkilan serta terkejut dengan tindakan sekumpulan individu, yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Badan Bertindak Selamatkan Kedah', mendesaknya meletakkan jawatan baru-baru ini.

Badrolhisham berkata, walaupun beliau sangat terbuka dalam menerima teguran serta kritikan, namun tindakan yang dilakukan kumpulan itu menunjukkan seolah-olah mereka parti pembangkang, dan beliau tidak akan berdiam diri.

"Dalam politik, tidak semua orang akan menyukai kita, tindakan yang dibuat oleh mereka tidak melemahkan saya kerana saya mendapat sokongan di semua bahagian.

"Tetapi saya berharap agar kumpulan individu itu jangan cuba mengucar-ngacirkan apa yang telah kita ada, kita tidak mahu parti bermasalah disebabkan orang-orang seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Umno Kedah di Alor Setar.

Beliau berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pengurusan parti agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Khamis lepas, kumpulan itu, yang diketuai pengerusinya Sobri Sudin, telah menghantar satu memorandum kepada Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah Tahir Md Zain, bagi mendesak Badrolhisham melepaskan jawatan.

Desakan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Badrolhisham yang didakwa gagal mengemudi pergerakan Pemuda Umno Kedah dengan berkesan.

--Bernama


Kenapa Ketua Pemuda UMNO Kedah perlu terkilan dengan desakan itu? Kerana mereka berdemonstrasi? Badrolhisham malu? Orang ramai lihat...Wartawan dengar...Rakyat dengar dan lihat...Ketua Pemuda UMNO Kedah itu sebenarnya Pemuda yang dibuang 'a' dan ditambah 'i'?

Salahkah mereka berdemonstrasi? Mereka adalah ahli PEMUDA UMNO yang menggelarkan diri mereka BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH! PEMUDA UMNO harus LANTANG dan AGRESIF!!! Lebih JANTAN!! UMNO di Kedah adalah PEMBANGKANG...Selama ini apa tindakan yang dilakukan oleh Badrolhisham sebagai Ketua Pemuda untuk menggugat Kerajaan PAS? Sekurang-kurangnya BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH ini mampu menggegarkan Kerajaan PAS!!!...Sekurang2nya pasti timbul kegentaran di kalangan Pemimpin PAS Kedah apabila masih ada sekumpulan PEMUDA UMNO yang BERANI, LANTANG dan AGRESIF!!!....Bukan bersikap 'defensive' dan 'mandom' seperti Badrolhisham dan konco-konconya yang hanya tahu bercakap kosong dan memperjuangkan 'tender'!!!

Bangunlah wahai PEMUDA UMNO KEDAH!!! Kita adalah PEMBANGKANG di KEDAH!!! Bertindaklah dengan lebih BERANI, AGRESIF dan LANTANG demi menawan kembali hati golongan-golongan muda agar kembali menyokong UMNO!!! Pastikan PAS hanya mampu memerintah KEDAH hanya satu penggal!!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP UMNO!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!


KETUA PEMUDA UMNO KEDAH DIDESAK LETAK JAWATAN


2010/10/15

ALOR SETAR: Seramai 20 ahli Badan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) mengadakan demonstrasi secara aman mendesak Ketua Pemuda UMNO negeri itu, Badrol Hisham Hashim meletak jawatan kerana didakwa gagal mengemudi pergerakan itu dengan berkesan. Pengerusi Penaja BBSK, Sobri Sudin, berkata kepimpinan diterajui Badrol Hisham dikatakan mempunyai banyak kelemahan kerana gagal melaksanakan aktiviti secara aktif sehingga menyebabkan moral dan semangat ahli pergerakan kian lesu.
Katanya, Pemuda UMNO negeri juga didakwa gagal berfungsi sebagai suara pendesak bagi membuktikan kepada rakyat mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.
"Banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu berkaitan tarif air, penindasan ke atas penyewa perumahan awam kos rendah, penyelewengan syarikat berkaitan kerajaan negeri dan isu sekolah agama rakyat, tetapi tidak digunakan sebaiknya Pemuda UMNO dan ini membuktikan pergerakan itu gagal berfungsi sebagai suara pendesak.
“Sekarang bukan zaman politik retorik, tetapi ia perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan," katanya pada sidang media di sini, semalam. Terdahulu, Sobri menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Kedah, Mohd Tahir Md Zain. Sementara itu, Badrol Hisham ketika dihubungi berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menerima teguran serta kritikan berasas dan membina daripada mana-mana pihak atas tujuan membantu memantapkan parti. Bagaimanapun, katanya, beliau menyangkal kritikan bahawa Pemuda UMNO Kedah lesu kerana pergerakan itu berjaya membawa masuk ahli baru kedua tertinggi di seluruh negara. Selain itu, beliau menyifatkan, Sobri sebagai liabiliti kepada parti kerana banyak kerenah dan masalah berdasarkan rekod peribadinya sebelum ini. "Saya tahu siapa Sobri, apa masalah dihadapinya dan siapa di belakangnya. Saya anggap dia tidak layak arahkan saya letak jawatan dan membuat tohmahan terhadap Pemuda UMNO Kedah," katanya.

Saturday, October 16, 2010

Wajah Ketua Pemuda UMNO Kuala Kedah

Wajah-wajah Shafiqurrahman Shamsuddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah.


Mesra sungguh beliau dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Khabarnya Bahagian Kuala Kedah satu-satunya Bahagian yang tidak mencalonkan Mukhriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Shafiq duduk di sebelah Mukhriz?

Dan Lagi....




Shafiq kelihatan lebih gemar bersama rakan-rakan 'High-Class' bercuti ke luar negara dari memperjuangkan nasib golongan muda di Kuala Kedah khususnya yang masih bergelumang dengan masalah penagihan dadah sejak sekian lama.


Ketua Pemuda UMNO Kedah Masih 'Lena'

Dr. Sobri Sudin, Presiden Badan Bertindak Selamatkan Kedah.


Pemuda UMNO sepatutnya agresif dan lantang seperti mereka ini.
Tapi mana Ketua Pemuda UMNO?


Penyerahan Memorandum oleh Dr. Sobri Sudin kepada wakil dari UMNO Kedah.
Badrolhisham Ketua Pemuda UMNO Kedah, kalau tak berani nak turun padang, mu gi kelik kola neghang la.....wat malu ke dema ja....Ketua Pemuda takdak telo!!!




"AZIZAN UNDUR...UNDUR SEGERA!!!" Semangat Pemuda! Menggegar lawan membela rakyat. Bukan macam Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrolhisham. Bacul dan pengecut!!!
Bad penakut...mengeheret Pemuda UMNO Kedah kedalam ke'mandom'an.

Syabas Badan Bertindak Selamatkan Kedah. Sebuah 'Special Force' yang dibarisi ahli-ahli Pemuda UMNO dari beberapa Bahagian UMNO Kedah.

Semoga Badrolhisham dan konco-konconya panas bontot. Ingatlah!!! Pemuda harus lantang dan agresif dalam perjuangan!!!

Wednesday, September 29, 2010

GEJUT KEDAH???

EErrrrr.....MANA KOMANDER??? MANA BALA TENTERA??? MANA JENTERA SERANGAN???

Isu Perkauman : Di Mana Punca?


Akhir-akhir ini timbul kembali hal-hal pertikaian dan perbalahan yang berkaitan suatu isu yang paling sensitif di Malaysia: ISU PERKAUMAN.

Kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah satu negara yang mana pembentukan masyarakatnya terdiri dari perbilang kaum. Seharusnya masyarakat yang perbilang kaum ini hidup dengan penuh harmoni dan saling hormat menghormati. Seharusnya masyarakat di Malaysia harus faham bahawa dalam pembentukan negara Malaysia, walaupun terdiri dari perbilang kaum, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Ketuanan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan sama sekali:SELAGI IA TIDAK MELANGGAR TATASUSILA ADAT MELAYU, AGAMA ISLAM, PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA.

Dahulu di mana ketika terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Tanah Melayu akan mencapai Kemerdekaan, kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British dilanjutkan hak untuk terus tinggal di Tanah Melayu atas belas ihsan orang Melayu dan Pemimpin serta Raja-Raja Melayu. Secara yang sepatutnya kaum-kaum ini harus berterima kasih kepada orang Melayu yang 'membenarkan' mereka terus tinggal di 'tanah' ini. Dengan syarat mereka harus mengakui bahawa tanah ini adalah tanah orang Melayu yang seharusnya mendapat hak dan keistimewaan yang lebih seperti yang termakub dalam Perlembagaan Malaysia : Artikel 152 & 153.

Perlanggaran syarat perakuan bahawa Melayu adalah 'tuan tanah' ini pernah menyebabkan timbul kemarahan orang Melayu yang terzahir pada 13 Mei 1969. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku lagi. Maka kaum-kaum yang datuk nenek moyang mereka dahulu dibawa masuk oleh British ini tidak seharusnya lagi mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Seharusnya mereka perlu menghormati 'perjanjian sosial' ini sampai bila-bila!

Punca

Pemimpin Kerajaan kini harus lebih peka dan mengkaji kenapa ada sesetengah dari anak cucu kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British ini kini mula mempertikaikan 'perjanjian sosial' ini dan menuntut HAK SAMARATA. Apakah puncanya sehingga mereka berani mempersoalkan hak Melayu dan menuntut yang bukan-bukan untuk kaum mereka? Jika dikaji dari minda seorang rakyat marhaen seperti saya ini, saya rasa satu gagasan baru yang dibentuk oleh pemimpin tertinggi adalah salah satu dari puncanya. GAGASAN SATU MALAYSIA itu mungkin telah disalahertikan oleh mereka. SATU MALAYSIA menurut tafsiran adalah: Semua rakyat mempunyai hak yang SATU = SAMARATA.

GAGASAN telah dipalu. Maka kaum-kaum ini datang berduyun menuntut hak SATU MALAYSIA yang dicanangkan itu.

Monday, August 30, 2010

Mengenang Detik Kemerdekaan


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rombongan tersebut dibiayai derma dan pengorbanan rakyat-rakyat marhaen. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.


Pengisytiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat Pengisytiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku selaku Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menelefon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki.

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Monday, August 23, 2010

KHAS UNTUK YANG KURANG FAHAM

Artikel 152 Perlembagaan Malaysia

-menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

- memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Ramadhan Al-Mubarak

Diam tak diam dah 13 Ramadhan. Bermakna dah 13 hari kita semua Umat Islam menunaikan Rukun Islam Ke-3: Berpuasa di Bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan seribu keberkatan untuk Umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi keinsafan dan seribu makna kepada kita. Semoga pintu keampunan yang dibuka Allah SWT membawa erti dan diambil peluang oleh kita semoga. Kerana Ramadhan yang seterusnya belum pasti akan kita ketemu.

Saturday, July 17, 2010

Cerita Lawak Seorang MB



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain daripada pencuri pasir di Selangor.

Katanya beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diajukan rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusa-Pengusaha Pasir Melayu Selangor semalam bahawa royalti dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai RM6 satu tan adalah tinggi dan memberi margin keuntungan yang sedikit kepada para pengusaha pasir kecil-kecilan.

Sumber : Malaysiakini.com



HAHAHAHAHA!!!!!
Lawak sungguh MB Selangor yang gagap ni!...Nampak sangat tak buat keja.Selama ni dia dok buat apa sampai 'rumah' kena masuk pencuri pon tak sedaq? Makan gaji buta ka???
HAHAHAHAHA!!!!!

Submarrrr....Ops! Bukan!!....SUBSIDI!



Tuesday, July 6, 2010

Antara Dua Darjat

Rakyat Marhaen
Berkerusi plastik dan bingkai besi berspan nipis.
Kalau mengantuk dok tersengguk-sengguk....


Pemimpin
Berkerusi empuk kayu jati.
Selesa sekali kalau nak melukis peta ayaq lioq basi.

( Gambar ehsan http://ustazizzat.blogspot.com )

Saya fikir dulu hanya pemimpin UMNO yang suka berkasta. Mereka perlu dilayan secara istimewa dalam setiap majlis. Diberi kerusi empuk dan makanan sedap-sedap. Rupanya kini pemimpin PAS pun sama jugak. Teringin jugak depa pun nak duduk di kerusi empuk dalam majlis. Lihatlah gambar di atas. Selesa sungguh YB Ustaz Izzat, ADUN Bukit Lada ni. Sampai mata pun dah naik lali. Mengantok ka Ustaz? Rakyat-rakyat marhaen di belakang yang lebih tua dibiarkan duduk di atas kerusi keras. Makin kematu la belakang pakcik-pakcik tu. Takpala...Ustaz Izzat punya pasai....

Anak Kecil Main Api - Anak Melayu


Hayatilah bait-bait lirik dalam lagu ini. Walaupun ada yang berpendapat ianya agak 'racist', tapi pada saya anak-anak bangsa kita wajib memahaminya. Demi masa depan bangsa Melayu di tanahair...Tanah tumpah darah...Tanah Melayu!

Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita?


Gambar di atas menunjukkan pejuang-pejuang bangsa di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu berdemonstrasi mem'protest' pembentukan Malayan Union oleh British.
Agak-agak anda, di manakah mereka-mereka ini berdemonstrasi?

a) Warung Kopi Mat Sengau
b) Rumah Pak Mat Tempe
c) Taman Tasik taiping
d) Jalan-jalanraya

Mana Pemuda UMNO?



Lebih setahun saudara KJ memimpin Pemuda UMNO. Saya fikirkan KJ adalah seorang anak muda yang lantang berjuang. Tapi dah lebih setahun...tiada apa yang benar-benar diperjuangkan.
Apalah nasib Pemuda UMNO. Bagaikan harimau hilang taring. Tak sama macam Pemuda UMNO pada zaman Dato' Haron Idris dan Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemudanya. Apakah kerana KJ tak dapat jadi menteri kabinet maka kendurlah 'telo'nya? Adala dua-tiga perkara yang diperjuangkannya. Salah satunya isu Israel serang Floatilla. KJ anjurkan perhimpunan. Tapi jumlah yang hadir...agak menyedihkan. Itupun menurut sumber yang saya dengar, yang hadir itu dikerah dan dibayar. Pengangkutan diberi. Kalau tak berteriak sorang-soranglah KJ ditengah-tengah jalanraya.
Pemuda UMNO sepatutnya menjadi barisan hadapan UMNO dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Di samping itu Pemuda UMNO juga sepatutnya menjadi yang pertama sekali dengan lantang menentang segala kepincangan yang ada dalam UMNO sendiri. Ini wadah pemuda. Suara pemuda. Suara pemuda sepatutnya lantang dan segar! Bukan semata-mata mencium keris! Kalau setakat mampu mencium keris, Tok-tok Guru Silat yang dah tua pun selalu mencium keris setiap kali diperasapkan.
Isu Judi Bola, Isu Tanah KTM Tanjong Pagar dan bermacam-macam lagi isu yang sepatutnya KJ dah bersama-sama Pemuda UMNO berdemonstrasi di jalanan. Tunjukkan tanda protes yang serius dan lantang. Demonstrasi jalanan bukan satu perbuatan hina. Demonstrasi jalanan inilah dulu yang telah membenamkan Malayan Union! Siapa bilang demonstrasi jalanan ini bukan budaya kita?
KJ sepatutnya tidak terbawa oleh sikap kecil hati kerana tidak dilantik ke dalam kabinet. Beliau masih muda. Sepatutnya beliau lebih menggunakan 'voice power' untuk membakar api perubahan dari kalangan generasi muda. Suara pemuda mampu membetulkan kepincangan UMNO.
Bangunlah KJ dan pemuda. Sentaplah semangat generasi-generasi muda untuk bersama-sama bangkit dan berjuang dalam perjuangan UMNO yang asal. Buang jauh-jauh imej korporat. Turunlah ke bawah. Rapati generasi muda. Fahami kehendak mereka. Tiuplah semangat perjuangan bangsa kedalam jiwa mereka. Jangan diajari mereka dengan kemewahan wang ringgit. Kelak rosak masa depan perjuangan bangsa! Bawalah budaya yang dipelajari ketika dalam AW. Pimpinlah generasi muda ini dalam perjuangan yang sebenar. Pemuda UMNO sebenar adalah pemuda yang berani menegakkan yang BENAR!

BACUL!


Hishamuddin Rais pernah melarikan diri ke luar negara ketika memperjuangkan nasib petani-petani yang kebuluran di Baling pada 1974. Pejuang sejatikah beliau?

Pak Syekh ini pon pernah lari ke Kedutaan Turki ketika di medan memerangi laporan Shaiful Jamburi. Pejuangkah beliau??

Mengapa RPK Lari?


Rasulullah SAW bersabda bahawa lari dari medan pertempuran adalah berdosa besar,


إِجْتَنِبُوْا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ, قِيْلَ : يَا رسولَ اللهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ : الشِّرْكُ بِاللهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ باِلْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالَ الْيَتِيْمِ وَالتَّوَلَّى يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاَتِ الْمُؤْمِنَاتِ

“Jauhilah tujuh (dosa) yang menghancurkan. Ditanyakan oleh para sahabat: “Apakah tujuh yang menghancurkan itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Menyekutukan Allah, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali membunuh dengan haq, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari pada hari pertempuran dan menuduh perempuan yang suci, yang menjaga dirinya lagi beriman (dengan perbuatan jelek)


Kenapa RPK lari ke Kota London? Sedangkan beliau berjuang di medan Blog? Baculkah RPK yang lantang dengan tulisan-tulisannya ini??

Pembangunan Pesat Punca Runtuh Akhlak?



Runtuhnya akhlak muda-mudi adalah disebabkan pemimpin yang asik bertelagah dan cuma mahu mencari kekayaan. Baik dari kerajaan atau pembangkang, masing-masing ingin mencari salah orang lain. Kalau pemimpin asik bertengkar, bagaimana nak jadi contoh yang baik sebagai ikutan kepada muda-mudi? Pemimpin yang baik pasti akan menjadi contoh yang baik kepada muda-mudi. Pemimpin yang rosak pasti akan merosakkan muda-mudi. Golongan muda adalah golongan yang paling mudah untuk memberontak. Salah laku pemimpin akan cepat menjadi 'amukkan jiwa' muda-mudi. Lantas, mereka lebih mudah terjerumus ke kancah yang merosakkan yang hilang jatidiri.
Penubuhan Institusi-institusi agama belum tentu dapat melahirkan generasi muda yang bebas dari gejala sosial. Berapa ramai pelajar sekolah agama yang minum arak, merempit, isap dadah, terlibat dengan bohsia dan bohjan malah terdapat juga pelajar-pelajar sekolah agama yang buang bayi. Dimana salahnya? Apa lagi yang tidak kena?
Jika dikaitkan dengan kemajuan teknologi dan ICT adalah puncanya, maka kita tidak boleh majulah begitu? Adakah anak guru-guru agama dan Ulama terlepas dari terlibat dalam kemajuan teknologi dan ICT?
Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang baik dalam UMNO mahupun PAS hanya pandai bercakap. Lebih bahaya lagi pemimpin PAS yang menggunakan 'title' Ustaz dan Ulama. Ustaz dan Ulama sepatutnya menjadi contoh ikutan yang baik kepada generasi muda tetapi malang...Ustaz dan Ulama dalam PAS hanya tahu mengutukdan mencaci maki. Bagaimana nak jadi contoh yang baik kepada muda mudi?
Tiadanya pemimpin idola inilah yang membuatkan mereka lebih selesa meng'idola'kan artis-artis barat yang rata-ratanya minum arak, isap dadah dan mengamalkan seks bebas. Maka terjadilah kes-kes pembuangan bayi.

Sunday, July 4, 2010


Muhyiddin: Anwar sebabkan perpecahan orang Melayu
Jul 4, 10 9:05pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu.

- Bernama


Bukan hanya akhir-akhir ini wahai TPM. Anwar Ibrahim telah memecahbelahkan Melayu semenjak tertubuhnya Parti Keadilan Nasional ( KeADILan ) pada 2003. Sebelum itu juga Melayu telah lama berpecah sejak PAS ditubuhkan pada 1951. Namun ketika berlaku peristiwa hitam 13 Mei 1969, Melayu yang telah berpecah kembali bersatu. Kini setelah 41 Tahun, mampukah Melayu yang semakin teruk berpecah ini kembali bersatu? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Melayu untuk kembali menyatukan Melayu? Sedangkan dalam UMNO sendiri berlaku perpecahan dan berpuak-puak.
Satukan dulu Melayu dalam UMNO. Banteras dalang-dalang yang memecahbelahkan Melayu UMNO. Melayu UMNO yang bersatu itulah yang mampu menyatukan kembali Bangsa Melayu.

Monday, June 28, 2010

Politik Kedah

Najib dan Menterinya Tak Tahu sejarah?




Tidak Masuk Akal Anggap Tanah KTM di Singapura Milik Malaysia - Shahrir
Datuk Seri Shahrir Samad, anggota Parlimen Johor Baharu dan
bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
berkata, "langsung tidak masuk akal untuk menganggap" tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.

Tapi, menurut fakta yang diperolehi berkenaan stesen KTM Tanjong Pagar:

1918
:
The properties and estates previously under the Singapore Railway were sold to the Government of the Federated Malay States for $4,136,000 and the railway renamed the Federated Malay States Railway (F. M. S. R.).

1932 :
The Tanjong Pagar Station was officially opened by Sir Cecil Clementi.

1948 :
The Malayan Railway Ordinance saw railways previously managed by the states under FMS Railway, now managed under the Malayan Railway Administration. This was later to become Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad.

11 Nov 1965 :
A six mile-long branch was added to the Singapore line, spanning Jurong and Bukit Timah.

1 Aug 1992 :
KTM Berhad is corporatised under the Malaysian Railway Act of 1991 although it remains wholly-owned by the Malaysian government.


Sumber dari kadirjasin.blogspot.com :
Tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM bagi tempoh masa 999 tahun;


Payah jugak apabila Pemimpin anggap rakyatnya bodoh.
Menipu secara terang-terangan.
Dah la PakLah menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei
Sekarang Najib pulak...
Lebih molek diserahkan sekali 'R.M'...mana tahu boleh buat keuntungan 60-40 juga!

Tuesday, June 22, 2010

Scorpene: Kusangkakan Rahsia Kita Tenggelam...Rupanya Timbul Jua!!!


Kapal Selam Pertama Malaysia - Scorpene yang kini tersadai kerana mengalami masalah teknikal. Khabarnya sedang disiasat oleh mahkamah Perancis kerana pembeliannya dipercayai ada unsur rasuah.
Pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.341 bilion (Lebih kurang RM6.7 bilion).
Daripada jumlah itu, Euro 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan seseorang yang paling berkuasa dalam Malaysia sekarang.
Bukanlah saya nak komen sangat pasal rasuah tu. Rugilah pulak kalau 'berniaga tak untung'. Tu pandai-pandailah depa tanggung. Yang dikesahkan sangat ni, beli tu pakai duit negara. Duit negara tu duit rakyat. Buat apa yang pi beli kapai selam yang pakai takdan sat dah tak boleh menyelam? Atau pembelian kapal selam tu semata-mata 'nak bagi ada'? Atau sekurang-kurangnya boleh mengisi mana-mana ruang kosong dalam Muzium Angkatan Tentera?
Bagi isu sama ada wujud rasuah atau tidak, kita sebagai rakyat marhaen tunggu ja lah apa keputusan mahkamah Perancis tu no....



Isu Pengganas: Publisiti Murahan Tarik Pelabur?


Kecoh apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan berhubung adanya aktiviti pihak pengganas yang mahu menyerang kuil Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves. Jika benar hasil risikkan Bukit Aman mengenai perkara tersebut, KPN tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum. Ini adalah risikkan sulit Polis. Banteraslah perkara tersebut mengikut kebijaksanaan pihak Polis. Apabila dihebahkan begini, pakatan pembangkang pasti akan memutarbelitkan fakta. Kini isu itu dilihat lebih banyak menjadi bahan debatan di medan politik. Sedangkan 'pengganas' pasti sedang merangka plan-plan untuk merubah strategi setelah strategi asal mereka telah diketahui pihak Polis. Inilah padahnya apabila hasil risikkan Polis dihebahkan.
PAS hari ini menyatakan kebimbangan bahawa akan ada ramai tokoh-tokoh agama yang akan ditahan. Kalau tak salah buat apa nak takut? "Kalau takut dipenjara, usah bicara soal perjuangan!". Ini satu peluang yang terhidang bagi PAS menangguk di air keruh untuk mencari populariti dan publisiti di kalangan pelajar universiti. Memandangkan isu pengganas ini dikaitkan dengan gerakan-gerakan di universiti. Jadi PAS menjadi yang pertama tampil meloncat. Maka bertambah sukalah pelajar-pelajar universiti ini kepada perjuangan PAS dan semakin bencilah mereka terhadap UMNO dan Polis.
Atau mungkin isu ini sengaja di cipta oleh pihak-pihak tertentu memandangkan negara kita semakin kekurangan pelabur-pelabur asing dan keadaan ekonomi semakin meruncing. Dengan adanya berita sensasi sebegini, untung-untung Amerika akan memuji tindakan Malaysia agar dilihat serius dalam memerangi keganasan seperti yang dicanangkan Amerika dan konco-konconya. Moga tertariklah pelabur-pelabur dari Amerika dan Britain untuk masuk melabur di Malaysia.

Monday, June 21, 2010

YB Izzat yang Kurang Ajar!


Dalam Bulan Mac yang lalu, satu majlis perasmian telah diadakan sempena pembukaan sebuah kedai di Pokok Sena. Pemilik dengan berbesar hatinya telah menghubungi YAB MB Kedah, Ustaz Azizan Razak untuk memberi penghormatan kepada beliau merasmikan majlis tersebut. Khabarnya panggilan itu disambungkan kepada ADUN Bukit Lada, YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki. Mungkin kerana memandangkan beliau ADUN kawasan di mana kedai tersebut terletak, maka beliaulah yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab jemputan tersebut. Malang seribu kali malang. Disangka intan rupanya kaca..ewah! YB Izzat...oh...maaf! YB USTAZ Ahmad Izzat telah menjawab jemputan tersebut dengan bahasa kasar yang amat KURANG AJAR! Begini jawapannya lebih kurang...."Cik ni nak jual nama MB kah?"....Begitu sekali jawapan seorang USTAZ MUDA ketika seorang rakyat ingin menjemput Menteri Besarnya merasmikan kedai yang pertama miliknya di negeri Kedah ini. Sungguh KURANG AJAR bunyinya! Pemilik yang berbesar hati menjemput MB dikatakan mahu menjual nama MB? Wahai USTAZ IZZAT! Baru lebih 2 tahun menjadi wakil rakyat dah nak berlagak! ANGKUH!! Lupakah tuan apa itu WAKIL RAKYAT? Wakil yang dipilih oleh Rakyat! Untuk mewakili siapa? Untuk mewakili RAKYAT! Beginikah rupa PEMIMPIN sebuah 'PARTI ISLAM' masa depan?

Si Bodoh Sombong dalam UMNO Kedah


Sebagai anak jati Negeri Kedah dan seorang yang sayangkan sebuah pertubuhan yang pada asalnya ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib bangsa, saya berasa agak hairan dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang masih tak sedar diri. Kedah buat pertama kalinya telah jatuh ke tangan PAS pada PRU 12 lalu. Maknanya rakyat Kedah telah menolak kepimpinan yang ada dalam UMNO Kedah. Penolakkan ini bukan semata-mata kerana rakyat telah digula-gulakan oleh PAS. Tetapi penolakkan ini harus dilihat dan diambil iktibar secara lebih terperinci oleh kepimpinan UMNO Kedah. Rakyat sebenarnya menolak sikap pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO Kedah kini.
Namun setelah lebih 2 tahun UMNO Kedah menjadi pembangkang di Kedah, sikap pemimpin-pemimpin UMNO ini masih tidak berubah. Masih tamakkan kuasa,pangkat dan harta. Lihat saja ketika khabar angin yang kononnya 4 ADUN pembangkang akan melompat parti tersebar, masing-masing gila nak jadi MB. Bekas MB yang menyebabkan Kedah jatuh ke tangan PAS pun gila juga nak jadi MB. Masih tak sedar diri. Dasar muka tak tahu malu.
2 tahun UMNO Kedah sebagai pembangkang, apa usaha yang dibuat untuk menawan kembali hati rakyat Kedah? Berapa kerat pemimpin UMNO Kedah benar2 turun padang bertandang kerumah-rumah atau kedai-kedai kopi untuk bersama rakyat mendengar masalah mereka?Nak kena tunggu masa dekat pilihanraya atau pemilihan bahagian baru nak turun? tak payah la....Mana Ketua-ketua Pemuda UMNO di Kedah? Ada mereka turun bergaul dengan pemuda-pemuda dan remaja-remaja? Ada mereka cuba mengambil hati golongan-golongan muda ini supaya tertarik dengan perjuangan UMNO dan memberi sokongan penuh kepada UMNO pada PRU 13 nanti?
Sepatutnya kepimpinan yang ada dalam UMNO Kedah lebih realistik. Mereka kini pembangkang. Mereka perlu merangka strategi yang lebih berkesan bagaimana untuk menawan kembali hati rakyat Kedah. Bagaimana untuk meyakinkan rakyat dengan perjuangan UMNO. Buangkan jauh-jauh dahulu sikap pentingkan diri dan pangkat. Ikhlaskanlah perjuanganmu wahai pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Bangunlah dari lamunan wahai pemimpin-pemimpin yang bengong dan BODOH SOMBONG! Yang penting, Kedah kembali dibawah pemerintahan UMNO dan rakyat Kedah kembali yakin terhadap UMNO dan BN.