Badan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) menyarankan agar Pemuda dan Puteri UMNO Kedah dan Perlis berganding tenaga mengadakan gotong-royong membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir mencuci rumah dan perkakasan yang diselaputi lumpur tebal selepas banjir surut.
Setiap Ketua Pemuda dan Puteri UMNO Bahagia harus mengarahkan Pemuda dan Puteri Cawangan agar membantu mangsa-mangsa banjir 'basuh rumah' mangsa-mangsa banjir di sekitar cawangan mereka sendiri tanpa mengira parti. Perkara ini dilihat sebagai satu faktor untuk menawan kembali hati pengundi untuk lebih yakin kepada UMNO seterusnya dapat memberikan 'advantage' kepada UMNO dalam usaha menawan kembali negeri Kedah dari tangan pembangkang.
Bantuan gotong-royong dan tenaga sebegini lebih berkesan daripada hanya memberi bantuan berbentuk barangan dan wang ringgit. Sekurang-kurangnya rakyat akan sentiasa merasakan bahawa UMNO melalui sayap Pemuda dan Puteri sentiasa ada di saat rakyat amat memerlukan bantuan dan benar-benar mampu meringankan beban mereka.
Zuraimie Ahmad
Bendahari BBSK
No comments:
Post a Comment