Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim hari ini meluahkan rasa terkilan serta terkejut dengan tindakan sekumpulan individu, yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Badan Bertindak Selamatkan Kedah', mendesaknya meletakkan jawatan baru-baru ini. Badrolhisham berkata, walaupun beliau sangat terbuka dalam menerima teguran serta kritikan, namun tindakan yang dilakukan kumpulan itu menunjukkan seolah-olah mereka parti pembangkang, dan beliau tidak akan berdiam diri. "Dalam politik, tidak semua orang akan menyukai kita, tindakan yang dibuat oleh mereka tidak melemahkan saya kerana saya mendapat sokongan di semua bahagian. "Tetapi saya berharap agar kumpulan individu itu jangan cuba mengucar-ngacirkan apa yang telah kita ada, kita tidak mahu parti bermasalah disebabkan orang-orang seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Umno Kedah di Alor Setar. Beliau berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pengurusan parti agar tindakan sewajarnya dapat diambil. Khamis lepas, kumpulan itu, yang diketuai pengerusinya Sobri Sudin, telah menghantar satu memorandum kepada Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah Tahir Md Zain, bagi mendesak Badrolhisham melepaskan jawatan. Desakan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Badrolhisham yang didakwa gagal mengemudi pergerakan Pemuda Umno Kedah dengan berkesan. --Bernama |
Kenapa Ketua Pemuda UMNO Kedah perlu terkilan dengan desakan itu? Kerana mereka berdemonstrasi? Badrolhisham malu? Orang ramai lihat...Wartawan dengar...Rakyat dengar dan lihat...Ketua Pemuda UMNO Kedah itu sebenarnya Pemuda yang dibuang 'a' dan ditambah 'i'?
Salahkah mereka berdemonstrasi? Mereka adalah ahli PEMUDA UMNO yang menggelarkan diri mereka BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH! PEMUDA UMNO harus LANTANG dan AGRESIF!!! Lebih JANTAN!! UMNO di Kedah adalah PEMBANGKANG...Selama ini apa tindakan yang dilakukan oleh Badrolhisham sebagai Ketua Pemuda untuk menggugat Kerajaan PAS? Sekurang-kurangnya BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH ini mampu menggegarkan Kerajaan PAS!!!...Sekurang2nya pasti timbul kegentaran di kalangan Pemimpin PAS Kedah apabila masih ada sekumpulan PEMUDA UMNO yang BERANI, LANTANG dan AGRESIF!!!....Bukan bersikap 'defensive' dan 'mandom' seperti Badrolhisham dan konco-konconya yang hanya tahu bercakap kosong dan memperjuangkan 'tender'!!!
Bangunlah wahai PEMUDA UMNO KEDAH!!! Kita adalah PEMBANGKANG di KEDAH!!! Bertindaklah dengan lebih BERANI, AGRESIF dan LANTANG demi menawan kembali hati golongan-golongan muda agar kembali menyokong UMNO!!! Pastikan PAS hanya mampu memerintah KEDAH hanya satu penggal!!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP UMNO!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!
No comments:
Post a Comment