Search This Blog

Tuesday, June 22, 2010

Isu Pengganas: Publisiti Murahan Tarik Pelabur?


Kecoh apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan berhubung adanya aktiviti pihak pengganas yang mahu menyerang kuil Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves. Jika benar hasil risikkan Bukit Aman mengenai perkara tersebut, KPN tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum. Ini adalah risikkan sulit Polis. Banteraslah perkara tersebut mengikut kebijaksanaan pihak Polis. Apabila dihebahkan begini, pakatan pembangkang pasti akan memutarbelitkan fakta. Kini isu itu dilihat lebih banyak menjadi bahan debatan di medan politik. Sedangkan 'pengganas' pasti sedang merangka plan-plan untuk merubah strategi setelah strategi asal mereka telah diketahui pihak Polis. Inilah padahnya apabila hasil risikkan Polis dihebahkan.
PAS hari ini menyatakan kebimbangan bahawa akan ada ramai tokoh-tokoh agama yang akan ditahan. Kalau tak salah buat apa nak takut? "Kalau takut dipenjara, usah bicara soal perjuangan!". Ini satu peluang yang terhidang bagi PAS menangguk di air keruh untuk mencari populariti dan publisiti di kalangan pelajar universiti. Memandangkan isu pengganas ini dikaitkan dengan gerakan-gerakan di universiti. Jadi PAS menjadi yang pertama tampil meloncat. Maka bertambah sukalah pelajar-pelajar universiti ini kepada perjuangan PAS dan semakin bencilah mereka terhadap UMNO dan Polis.
Atau mungkin isu ini sengaja di cipta oleh pihak-pihak tertentu memandangkan negara kita semakin kekurangan pelabur-pelabur asing dan keadaan ekonomi semakin meruncing. Dengan adanya berita sensasi sebegini, untung-untung Amerika akan memuji tindakan Malaysia agar dilihat serius dalam memerangi keganasan seperti yang dicanangkan Amerika dan konco-konconya. Moga tertariklah pelabur-pelabur dari Amerika dan Britain untuk masuk melabur di Malaysia.

No comments:

Post a Comment