Sebagai anak jati Negeri Kedah dan seorang yang sayangkan sebuah pertubuhan yang pada asalnya ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib bangsa, saya berasa agak hairan dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang masih tak sedar diri. Kedah buat pertama kalinya telah jatuh ke tangan PAS pada PRU 12 lalu. Maknanya rakyat Kedah telah menolak kepimpinan yang ada dalam UMNO Kedah. Penolakkan ini bukan semata-mata kerana rakyat telah digula-gulakan oleh PAS. Tetapi penolakkan ini harus dilihat dan diambil iktibar secara lebih terperinci oleh kepimpinan UMNO Kedah. Rakyat sebenarnya menolak sikap pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO Kedah kini.
Namun setelah lebih 2 tahun UMNO Kedah menjadi pembangkang di Kedah, sikap pemimpin-pemimpin UMNO ini masih tidak berubah. Masih tamakkan kuasa,pangkat dan harta. Lihat saja ketika khabar angin yang kononnya 4 ADUN pembangkang akan melompat parti tersebar, masing-masing gila nak jadi MB. Bekas MB yang menyebabkan Kedah jatuh ke tangan PAS pun gila juga nak jadi MB. Masih tak sedar diri. Dasar muka tak tahu malu.
2 tahun UMNO Kedah sebagai pembangkang, apa usaha yang dibuat untuk menawan kembali hati rakyat Kedah? Berapa kerat pemimpin UMNO Kedah benar2 turun padang bertandang kerumah-rumah atau kedai-kedai kopi untuk bersama rakyat mendengar masalah mereka?Nak kena tunggu masa dekat pilihanraya atau pemilihan bahagian baru nak turun? tak payah la....Mana Ketua-ketua Pemuda UMNO di Kedah? Ada mereka turun bergaul dengan pemuda-pemuda dan remaja-remaja? Ada mereka cuba mengambil hati golongan-golongan muda ini supaya tertarik dengan perjuangan UMNO dan memberi sokongan penuh kepada UMNO pada PRU 13 nanti?
Sepatutnya kepimpinan yang ada dalam UMNO Kedah lebih realistik. Mereka kini pembangkang. Mereka perlu merangka strategi yang lebih berkesan bagaimana untuk menawan kembali hati rakyat Kedah. Bagaimana untuk meyakinkan rakyat dengan perjuangan UMNO. Buangkan jauh-jauh dahulu sikap pentingkan diri dan pangkat. Ikhlaskanlah perjuanganmu wahai pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Bangunlah dari lamunan wahai pemimpin-pemimpin yang bengong dan BODOH SOMBONG! Yang penting, Kedah kembali dibawah pemerintahan UMNO dan rakyat Kedah kembali yakin terhadap UMNO dan BN.
No comments:
Post a Comment