Bangkitnya Melayu ketika Gagasan Malayan Union mula bergendang kepada umum amat mengejutkan si mat saleh penjajah British. British nyata tidak menduga satu bangsa yang selama ini 'tidur' selama lebih 400 tahun sejak kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 boleh bangkit bersatu dan sebulat suara menentang ideologi yang berbentuk satu 'skim' anjuran British itu. Rakyat-rakyat dari seluruh semenanjung bangkit bersatu. sebulat suara mengadakan perhimpunan bantahan. Berdemonstrasi menentang pembentukan Gagasan Malayan Union ini. Kuasa angkuh British dgn 'hidung tinggi' mereka terbantut dan 'tersentot'. Pucat lesi mat-mat saleh ini melihatkan hadirnya 'Kuasa suara rakyat' berhimpun sebulat suara mencaci maki 'skim' mereka itu. Kebangkitan kuasa penentangan ini membentuk sebuah pertubuhan yang menyatukan Melayu-melayu semenanjung. Tertubuh secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Pertubuhan keramat ini diberi nama United Malays National Organisation (UMNO) atau dalam istilah Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Hebat benar kebangkitan Melayu bersama UMNO ketika itu. Berjuang sebenar-benar berjuang untuk mempertahankan hak Raja-Raja Melayu, bangsa dan tanah air dari diperalatkan Mat Saleh penjajah British. Demonstrasi jalanan, perang saraf, Poster dan Sepanduk serta laungan kemarahan anti Malayan Union bergema di seluruh pelusuk Tanah Air. Suara mereka mampu menghancurkan Gagasan Malayan Union itu yang pada awalnya telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu (Walaupun British menggunakan teknik ugutan untuk mendapatkan persetujuan).Akhirnya, pada 1 Febuari 1948, Gagasan Malayan Union dibatalkan dan dibentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Kini lebih 60 tahun peristiwa kebangkitan itu berlalu. Masih wujudkah semangat Melayu yang begitu? Masih wujudkan UMNO yang begitu? Masih begitukah UMNO? Masih samakah perjuangan Nakhoda dan anak-anak kapal UMNO sekarang berbanding ketika itu?
- ABaTa
No comments:
Post a Comment