Search This Blog

Sunday, July 4, 2010


Muhyiddin: Anwar sebabkan perpecahan orang Melayu
Jul 4, 10 9:05pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu.

- Bernama


Bukan hanya akhir-akhir ini wahai TPM. Anwar Ibrahim telah memecahbelahkan Melayu semenjak tertubuhnya Parti Keadilan Nasional ( KeADILan ) pada 2003. Sebelum itu juga Melayu telah lama berpecah sejak PAS ditubuhkan pada 1951. Namun ketika berlaku peristiwa hitam 13 Mei 1969, Melayu yang telah berpecah kembali bersatu. Kini setelah 41 Tahun, mampukah Melayu yang semakin teruk berpecah ini kembali bersatu? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Melayu untuk kembali menyatukan Melayu? Sedangkan dalam UMNO sendiri berlaku perpecahan dan berpuak-puak.
Satukan dulu Melayu dalam UMNO. Banteras dalang-dalang yang memecahbelahkan Melayu UMNO. Melayu UMNO yang bersatu itulah yang mampu menyatukan kembali Bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment