Search This Blog

Tuesday, July 6, 2010

Mana Pemuda UMNO?



Lebih setahun saudara KJ memimpin Pemuda UMNO. Saya fikirkan KJ adalah seorang anak muda yang lantang berjuang. Tapi dah lebih setahun...tiada apa yang benar-benar diperjuangkan.
Apalah nasib Pemuda UMNO. Bagaikan harimau hilang taring. Tak sama macam Pemuda UMNO pada zaman Dato' Haron Idris dan Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemudanya. Apakah kerana KJ tak dapat jadi menteri kabinet maka kendurlah 'telo'nya? Adala dua-tiga perkara yang diperjuangkannya. Salah satunya isu Israel serang Floatilla. KJ anjurkan perhimpunan. Tapi jumlah yang hadir...agak menyedihkan. Itupun menurut sumber yang saya dengar, yang hadir itu dikerah dan dibayar. Pengangkutan diberi. Kalau tak berteriak sorang-soranglah KJ ditengah-tengah jalanraya.
Pemuda UMNO sepatutnya menjadi barisan hadapan UMNO dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Di samping itu Pemuda UMNO juga sepatutnya menjadi yang pertama sekali dengan lantang menentang segala kepincangan yang ada dalam UMNO sendiri. Ini wadah pemuda. Suara pemuda. Suara pemuda sepatutnya lantang dan segar! Bukan semata-mata mencium keris! Kalau setakat mampu mencium keris, Tok-tok Guru Silat yang dah tua pun selalu mencium keris setiap kali diperasapkan.
Isu Judi Bola, Isu Tanah KTM Tanjong Pagar dan bermacam-macam lagi isu yang sepatutnya KJ dah bersama-sama Pemuda UMNO berdemonstrasi di jalanan. Tunjukkan tanda protes yang serius dan lantang. Demonstrasi jalanan bukan satu perbuatan hina. Demonstrasi jalanan inilah dulu yang telah membenamkan Malayan Union! Siapa bilang demonstrasi jalanan ini bukan budaya kita?
KJ sepatutnya tidak terbawa oleh sikap kecil hati kerana tidak dilantik ke dalam kabinet. Beliau masih muda. Sepatutnya beliau lebih menggunakan 'voice power' untuk membakar api perubahan dari kalangan generasi muda. Suara pemuda mampu membetulkan kepincangan UMNO.
Bangunlah KJ dan pemuda. Sentaplah semangat generasi-generasi muda untuk bersama-sama bangkit dan berjuang dalam perjuangan UMNO yang asal. Buang jauh-jauh imej korporat. Turunlah ke bawah. Rapati generasi muda. Fahami kehendak mereka. Tiuplah semangat perjuangan bangsa kedalam jiwa mereka. Jangan diajari mereka dengan kemewahan wang ringgit. Kelak rosak masa depan perjuangan bangsa! Bawalah budaya yang dipelajari ketika dalam AW. Pimpinlah generasi muda ini dalam perjuangan yang sebenar. Pemuda UMNO sebenar adalah pemuda yang berani menegakkan yang BENAR!

No comments:

Post a Comment