Runtuhnya akhlak muda-mudi adalah disebabkan pemimpin yang asik bertelagah dan cuma mahu mencari kekayaan. Baik dari kerajaan atau pembangkang, masing-masing ingin mencari salah orang lain. Kalau pemimpin asik bertengkar, bagaimana nak jadi contoh yang baik sebagai ikutan kepada muda-mudi? Pemimpin yang baik pasti akan menjadi contoh yang baik kepada muda-mudi. Pemimpin yang rosak pasti akan merosakkan muda-mudi. Golongan muda adalah golongan yang paling mudah untuk memberontak. Salah laku pemimpin akan cepat menjadi 'amukkan jiwa' muda-mudi. Lantas, mereka lebih mudah terjerumus ke kancah yang merosakkan yang hilang jatidiri.
Penubuhan Institusi-institusi agama belum tentu dapat melahirkan generasi muda yang bebas dari gejala sosial. Berapa ramai pelajar sekolah agama yang minum arak, merempit, isap dadah, terlibat dengan bohsia dan bohjan malah terdapat juga pelajar-pelajar sekolah agama yang buang bayi. Dimana salahnya? Apa lagi yang tidak kena?
Jika dikaitkan dengan kemajuan teknologi dan ICT adalah puncanya, maka kita tidak boleh majulah begitu? Adakah anak guru-guru agama dan Ulama terlepas dari terlibat dalam kemajuan teknologi dan ICT?
Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang baik dalam UMNO mahupun PAS hanya pandai bercakap. Lebih bahaya lagi pemimpin PAS yang menggunakan 'title' Ustaz dan Ulama. Ustaz dan Ulama sepatutnya menjadi contoh ikutan yang baik kepada generasi muda tetapi malang...Ustaz dan Ulama dalam PAS hanya tahu mengutukdan mencaci maki. Bagaimana nak jadi contoh yang baik kepada muda mudi?
Tiadanya pemimpin idola inilah yang membuatkan mereka lebih selesa meng'idola'kan artis-artis barat yang rata-ratanya minum arak, isap dadah dan mengamalkan seks bebas. Maka terjadilah kes-kes pembuangan bayi.
No comments:
Post a Comment