Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

GEJUT KEDAH???

EErrrrr.....MANA KOMANDER??? MANA BALA TENTERA??? MANA JENTERA SERANGAN???

Isu Perkauman : Di Mana Punca?


Akhir-akhir ini timbul kembali hal-hal pertikaian dan perbalahan yang berkaitan suatu isu yang paling sensitif di Malaysia: ISU PERKAUMAN.

Kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah satu negara yang mana pembentukan masyarakatnya terdiri dari perbilang kaum. Seharusnya masyarakat yang perbilang kaum ini hidup dengan penuh harmoni dan saling hormat menghormati. Seharusnya masyarakat di Malaysia harus faham bahawa dalam pembentukan negara Malaysia, walaupun terdiri dari perbilang kaum, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Ketuanan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan sama sekali:SELAGI IA TIDAK MELANGGAR TATASUSILA ADAT MELAYU, AGAMA ISLAM, PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA.

Dahulu di mana ketika terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Tanah Melayu akan mencapai Kemerdekaan, kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British dilanjutkan hak untuk terus tinggal di Tanah Melayu atas belas ihsan orang Melayu dan Pemimpin serta Raja-Raja Melayu. Secara yang sepatutnya kaum-kaum ini harus berterima kasih kepada orang Melayu yang 'membenarkan' mereka terus tinggal di 'tanah' ini. Dengan syarat mereka harus mengakui bahawa tanah ini adalah tanah orang Melayu yang seharusnya mendapat hak dan keistimewaan yang lebih seperti yang termakub dalam Perlembagaan Malaysia : Artikel 152 & 153.

Perlanggaran syarat perakuan bahawa Melayu adalah 'tuan tanah' ini pernah menyebabkan timbul kemarahan orang Melayu yang terzahir pada 13 Mei 1969. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku lagi. Maka kaum-kaum yang datuk nenek moyang mereka dahulu dibawa masuk oleh British ini tidak seharusnya lagi mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Seharusnya mereka perlu menghormati 'perjanjian sosial' ini sampai bila-bila!

Punca

Pemimpin Kerajaan kini harus lebih peka dan mengkaji kenapa ada sesetengah dari anak cucu kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British ini kini mula mempertikaikan 'perjanjian sosial' ini dan menuntut HAK SAMARATA. Apakah puncanya sehingga mereka berani mempersoalkan hak Melayu dan menuntut yang bukan-bukan untuk kaum mereka? Jika dikaji dari minda seorang rakyat marhaen seperti saya ini, saya rasa satu gagasan baru yang dibentuk oleh pemimpin tertinggi adalah salah satu dari puncanya. GAGASAN SATU MALAYSIA itu mungkin telah disalahertikan oleh mereka. SATU MALAYSIA menurut tafsiran adalah: Semua rakyat mempunyai hak yang SATU = SAMARATA.

GAGASAN telah dipalu. Maka kaum-kaum ini datang berduyun menuntut hak SATU MALAYSIA yang dicanangkan itu.

Monday, August 30, 2010

Mengenang Detik Kemerdekaan


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rombongan tersebut dibiayai derma dan pengorbanan rakyat-rakyat marhaen. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.


Pengisytiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat Pengisytiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku selaku Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menelefon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki.

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Monday, August 23, 2010

KHAS UNTUK YANG KURANG FAHAM

Artikel 152 Perlembagaan Malaysia

-menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

- memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Ramadhan Al-Mubarak

Diam tak diam dah 13 Ramadhan. Bermakna dah 13 hari kita semua Umat Islam menunaikan Rukun Islam Ke-3: Berpuasa di Bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan seribu keberkatan untuk Umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi keinsafan dan seribu makna kepada kita. Semoga pintu keampunan yang dibuka Allah SWT membawa erti dan diambil peluang oleh kita semoga. Kerana Ramadhan yang seterusnya belum pasti akan kita ketemu.

Saturday, July 17, 2010

Cerita Lawak Seorang MB



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain daripada pencuri pasir di Selangor.

Katanya beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diajukan rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusa-Pengusaha Pasir Melayu Selangor semalam bahawa royalti dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai RM6 satu tan adalah tinggi dan memberi margin keuntungan yang sedikit kepada para pengusaha pasir kecil-kecilan.

Sumber : Malaysiakini.com



HAHAHAHAHA!!!!!
Lawak sungguh MB Selangor yang gagap ni!...Nampak sangat tak buat keja.Selama ni dia dok buat apa sampai 'rumah' kena masuk pencuri pon tak sedaq? Makan gaji buta ka???
HAHAHAHAHA!!!!!

Submarrrr....Ops! Bukan!!....SUBSIDI!